About




Hello semua!

Pengenalan

Sebenarnya pembabitan saya dalam dunia jahitan ni boleh dikatakan sejak kecil lagi. Kalau betul-betul nak ingat tu saya tak pastilah. Cuma saya betul-betul ingat minat menjahit/kraftangan ni bermula semenjak saya berusia 9 tahun. Semasa saya di bangku sekolah lagi, saya memang telah didedahkan secara awal oleh arwah nenek saya dan juga ibu saya tentang dunia jahitan/kraftangan ni sebab arwah  nenek saya memang menjahit baju (saya tinggal dengan arwah nenek sejak kecil) dan kebetulan ibu saya pula bekerja sambilan sebagai tenaga pengajar dalm jahitran dan kraftangan. Jadinya saya merupakan pembantu tak terlatih untuk ibu saya. (ala, sekadar tolong angakt-angkat barang je..hahahaha).

Hasil kraftangan saya yang saya paling ingat ialah saya telah membuat satu jahitan silang pangkah berbentuk hati (love) untuk ibu saya. Kain tu takdelah besar mana cuma lebih kurang sebesar tapak tangan dewasa. Ini kerana, itulah kain perca yang saya dapat dan berjaya juga untuk mengumpul benang-benang silang pangkah yang tersisa. Jadinya, saya membuatnya ketika masa terlapang dan menghadiahkannya semasa hari jadi ibu saya ketika itu. Itulah jahitan pertama saya. Hati bertambah kembang dan berbunga-bunga apabila saya mengikut ibu saya ke pejabar beliau. Mana taknya, saya nampak hasil saya itu ibu pamerkan di atas meja beliau . (zaman 80-an dulu, meja pejabat di alas dengan kaca, jadi mana-mana nota penting contohnya akan diletakkan di atas meja).

Selepas itu, saya mula beranikan diri untuk menjahit menggunakan mesin jahit. Masa ni, ibu mempunyai mesin jahit yang menggunakan tangan sebagai 'pedal'. Tangan kanan akan memusingkan roda dan tangan kiri kena mengawal fabrik. Masa tu, macam biasa, saya menggunakan kain perca dan saya telah menghasilkan placemat secara quilting. Placemat yang saya hasilkan itu mempunyai poket untukletak sudu/garfu padahal kami makan menggunakan tangan sahaja. Entah dari mana saya mendapat idea semasa kecil dahulu kalau saya fikir-fikir balik.

Semasa di sekolah menengah, bila waktu subjek Kemahiran Hidup memang saya tertunggu-tunggu untuk menjahit. Memasak saya memang tak pandai, saya cuma pandai makan je. Jadinya, saya akan pilih ahli kumpulan yang pandai masak. Hahahaha. Saya amsih ingat lagi semasa saya kena membuat beg tote semasa di tingkatan 3. Kalau ikutkaan cikgu, kena ada quilting dan poket di hadapan. Saya mula-mula ikutkan je tapi rasa 'kosong'. Entah apa kerja gila masa tu, saya pi sulam dan tambah manik-manik di poket hadapan. Masalahnya, saya merumitkan kerja saya yang boleh je siapkan awal. Saya hasilkan  gambar yang mana ada bakul dan buah-buhan menggunakan teknik sulaman dan manik serta labuci. Padahnya, tote tu sampai akhir tahun saya tak dapat balik dengan alsan cikgu nak letak sebagai pameran. Masa tu rasa sedikit bengang juga sebab saya dah buat cantik-cantik ingat nak pakai. Tapi rupanya dah jadi barang pameran. Lepas habis PMR, saya minta cikgu KH saya mengajar saya membuat baju kurung. Kelakar juga sebab saya tak paham nak buat pola baju. Balik kampung, minta arwah nenek ajarkan. Pola buat pakai kertas surat khabar je. Ok ,menjadi juga baju saya. Lepas tu, gatal tanya arwak atok saya kat Muor pula. Arwah atok saya ajar tang leher lain la pula. Tak tebuk dulu, dah nak siap baru tebuk. Pening masa tu. Hahahah. Tapi paling saya gemar masa tu kalau buat mata lalat dan karipap kat leher baju. 

Comments

Popular Posts